Senin, 30 Desember 2013
SIHIR KHAYALAN DALAM PEMBEDAHAN BATIN

Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam (Gappima) berkata, mana-mana individu yang mendakwa mampu melakukan pembedahan dengan menggunakan tangan kosong adalah pengamal sihir.
LIHAT VIDEO . . .
Beliau berkata, kelebihan luar biasa membedah dan mengeluarkan organ dalaman itu tidak terdapat di dalam ajaran Islam sebaliknya dilakukan dengan bantuan jin dan syaitan.

"Amalan menggunakan jin dan syaitan seperti ini sebenarnya sudah wujud sejak dari zaman Nabi Musa, sekarang ia digunakan untuk menipu melalui sebagai kaedah perubatan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, bagi pesakit yang mengaku sembuh atau mendapati ketumbuhan yang dibuang ketika dibedah hilang selepas melakukan x-ray, semua itu bersifat sementara.

PENGALAMAN BENAR HAJI ALIAS 65 TAHUN ( Petikan dari AL ISLAM / April 2013 )

Dia memang nampak pembedahan dilakukan begitu menakjubkan, Usus-usus dikeluarkan dan ada setengahnya dipotong.
Kedua-dua tangannya dipenuhi dengan darah. Sesudah selesai pembedahan, dia membasuh tangan sebelah kanan sahaja. Tangan sebelah kiri yang berlumuran dengan darah segera dimasukkan kedalam saku seluarnya.
Sesampainya kedalam kereta, dia mengeluarkan tangan kiri dari saku seluarnya. Dia terkejut, kerana setitik darah pun tidak ada ditangan, bau darah juga tidak ada. Sebenarnya apa yang di alami oleh Haji Alias adalah sihir khayalan dalam pembedahan batin sahaja . . .
Related Posts : batin,
dalam,
khayalan,
pembedahan,
sihir
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar