Jumat, 27 Desember 2013

Jaminan Pakatan Rakyat laksana pemerintahan kolektif

sinarharian
18 Mac 2013
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
JOHOR BAHRU - Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan akan menjalankan pemerintahan secara kolektif dan mengelakkan pentadbiran kuku besi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR akan memastikan tidak berlakunya setiap keputusan hanya diputuskan seorang pemimpin sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir negara kelak.

Menurutnya, PR sentiasa melakukan perbincangan dan musyawarah sebelum sebarang keputusan diambil bagi membentuk kesepakatan yang kukuh.

“Pada masa ini, kita memang sudah amalkan pentadbiran secara kolektif dan cara ini akan diteruskan selepas kita berjaya menawan Putrajaya.

“Tidak akan ada pemerintahan kuku besi. Macam pemimpin parti Barisan Nasional (BN) yang tak tahu bila tarikh pilihan raya sebab hanya bergantung kepada keputusan seorang pemimpin,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program Himpunan Tanah Rakyat Johor, di sini, semalam.

Abdul Hadi turut memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tuntutan tanah penduduk yang berlarutan terlalu lama sekiranya PR diberi kepercayaan menjadi pemerintah.

“Selepas mengambil-alih pentadbiran di beberapa negeri, PR berjaya membawa perubahan terutamanya berkaitan masalah tanah. Misalnya, kita berjaya menyelesaikan 60,000 kes tuntutan tanah di Terengganu dalam tempoh empat tahun pentadbiran.

“Malah kita juga berjaya selesaikan isu tuntutan kubur masyarakat Cina yang sudah berlarutan lebih 20 tahun ketika pemerintahan BN,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu turut mendakwa berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum lalu sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat mempertahankan kuasa di Terengganu selepas kalah kepada BN.

“Kita pun pelik bagaimana boleh kalah di Terengganu sebab banyak isu tanah dan kebajikan rakyat dapat diselesaikan. Sebenarnya kita telah kalah kepada penipuan. Melalui post mortem yang dijalankan dapati rupanya ramai yang keluar mengundi di Terengganu.

“Orang dah meninggal pun keluar mengundi malah jumlah pengundi di Kemaman meningkat sebanyak 17,000, berlipat kali ganda berbanding jumlah kelahiran,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar