Minggu, 29 Desember 2013
Salasilah Sabah di Bawah Kesultanan Sulu
Sultan Jamalul Kiram III (yang kononnya adalah Sultan Sulu) berkata: "Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita),"
"Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya.
Membaca kenyataan di atas, Encik Billy tertanya-tanya; Apakah yang dimaksudkan oleh Sultan Jamalul Kiram tersebut? Dan mengapa beliau menuntut Sabah? Maka bermulalah pencarian Encik Billy dan berikut info-info yang dapat Encik Billy kumpulkan:
- Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)pada tahun 600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Brunei dan Kerajaaan Cina pada ketika itu.
Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16
- Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.
- British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.
- Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun dengan Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.
- Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun.
Related Posts : bawah,
di,
kesultanan,
sabah,
salasilah,
sulu
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar