Kamis, 20 Februari 2014
Serangan Terburuk Ke Atas Raja Raja Melayu Di Facebook!
Sejak semalam, satu bentuk serangan yang boleh dikatakan terburuk ke atas Raja-Raja Melayu dapat dilihat pengguna Facebook negara ini.
Ia sebarkan melalui satu akaun bernama Rudy Ball yang berkongsi kenyataan menghina di beberapa fanpage termasuk seperti Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat.
Gambar yang digunakan tidka membawa sebarang maksud buruk tetapi kenyataan yang mengiringi gambar-gambar berkenaan amat teruk sekali.
Antaranya, pihak berkenaan menyamakan para permaisuri dan raja perempuan sebagai pelacur dan sebagainya.
Banyak pihak dilihat marah dengan perbuatan itu.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Talam dari misalnya berkata;
“org islam mesti taat pada org islam,hanya munafik dan kafir harbie menderhaka kpd pemimpin islam”
Kabhi Ismail pula berkata; Bulan Ramadhan cubalah beradab sedikit….. jgn ikut suka saja nak kata rudy ball….
Beberapa gambar yang didakwa pengguna Facebook sebagai Rudy Ball juga mula tersebar sejak pagi ini namun penulis tidak akan meletakan gambar-gambar berkenaan kerana bimbang ia mungkin fitnah atau salah orang.
Tinjauan ke akaun Rudy Ball juga tidak menemukan apa-apa bukti yang menarik melainkan dia memiliki hampir 700 orang kawan dan beberapa gambar berkumpulan termasuk empat lelaki dalam kolam renang
Penulis yakin serangan ini didalangi Red Bean Army yang sengaja mahu mewujudkan suasana tegang di negara ini..
Red Bean Army boleh melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira air muka dan keselamatan pihak lain.
Gambar dan kenyataan penghinaan ke atas Raja Melayu pun hanya sekeping akan diletak penulis (di atas)...bukan sama sekali bersekongkol dengan apa yang berlaku tetapi sebagai bukti kepada para pembaca.
Nilai sendiri bahasa yang digunakan. Itu baru sekeping. Kalau tidak silap sudah ada 4 keping gambar yang disertakan dengan kata-kata kesat ke atas Raja-raja Melayu sejak semalam.
Pada hemat penulis, ini adalah serangan paling buruk ke atas institusi Raja di negara ini.
Apakah peranan yang mampu dimainkan pihak berkuasa dan SKMM?
Oleh: AK-47
Related Posts : atas,
di,
facebook!,
ke,
melayu,
raja,
serangan,
terburuk
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar