Senin, 03 Februari 2014

RAKAMAN CCTV Meninggal Dunia Sebaik Saja Selesai Solat

CCTV: Meninggal Dunia Sebaik Saja Selesai Solat


Rezeki, jodoh, ajal dan maut itu segalanya di tangah Tuhan, Allah SWT.
Apabila disebut berkenaan mati, pastinya ramai antara kita yang masih belum bersedia.
Apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk mengadap Illahi?
Mati ialah pengakhiran hidup manusia di dunia yang fana dan satu proses perpindahan roh manusia ke alam barzakh dan alam baqa.
Tahukah anda, masa kematian boleh berubah daripada satu masa ke masa yang lain. Ia dinamakan ‘ajal mu’allaq’.
Mengenai takdir kematian, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan Allah menciptakan Ente dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan Ente berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.” (Surah Fatir: Ayat 11)
Video yang ingin penulis kongsikan ini adalah sebuah rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang lelaki yang sedang solat di sebuah masjid.
Setelah lelaki itu selesai solat, secara tiba-tiba dia tertunduk secara perlahan-lahan hingga keadaan tubuhnya berada dalam keadaan sujud.
Orang yang lalu lalang mula mengesyaki sesuatu dan cuba mendekati lelaki tersebut.
Jelas, apabila orang disekeliling lelaki itu memegangnya, dia terus rebah.
Setiap Muslim mesti beramal soleh demi untuk menghadapi kematian.
Firman Alah s.w.t. yang bermaksud: “Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”. (Surah Al-Kahfi: Ayat 46)
Justeru, jadikan video tersebut sebagai pengajaran dan penilaian terhadap sejauh mana kita benar-benar bersedia menemui Illahi.
Oleh: HARITS ASYRAF

Tidak ada komentar:

Posting Komentar