Tampilkan postingan dengan label organ. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label organ. Tampilkan semua postingan
Selasa, 18 Februari 2014
Buka Mata Sebelum Organ Badan Dikeluarkan
SELANGKAH dari maut. Itu yang dialami seorang wanita, Colleen S. Burns of North Syracuse, 41, selepas dia membuka mata beberapa minit sebelum doktor menjalankan pembedahan mengeluarkan organ badannya, kerana menyangka dia mengalami mati otak.
Dia dimasukkan ke hospital pada 2009 akibat pengambilan dadah berlebihan.
Namun akibat kecuaian dalam penilaian mengenai tahap kesihatannya, doktor percaya Collen telah meninggal dunia dan mula menjalankan proses pendermaan organ.
Siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan mendapati ketika mula-mula dimasukkan ke hospital, doktor telah terlepas pandang terhadap rawatan susulan iaitu menghalang dadah yang diambilnya itu daripada diserap oleh usus.
Pasukan perubatan juga gagal menjalankan imbasan otak dengan sempurna dan membuat kesimpulan dia mengalami mati otak, walaupun pada hakikatnya Colleen mengalami koma akibat pengambilan dadah berlebihan.
Selepas mengesahkan dia mengalami mati otak, keluarganya bersetuju menderma organ Colleen namun sehari sebelum pembedahan, ujian refleksi yang dijalankan oleh jururawat menunjukkan dia memberikan tindak balas, namun ia tidak diendahkan oleh doktor.
Bukan itu sahaja malah ketika dibawa ke bilik bedah, dia bernafas sendiri manakala bibir dan lidahnya juga bergerak.
Colleen bernasib baik apabila dia membuka mata ketika doktor hampir memulakan proses pembedahan itu.
Biarpun dia diberikan ubat pelali, namun ubat tersebut tidak direkodkan dalam prosedur tersebut sehinggalah apabila Colleen membuka mata, barulah pembedahan itu dibatalkan.
Malangnya selepas enam bulan kejadian itu berlaku, Colleen akhirnya menemui ajal selepas membunuh diri.
Menurut ibunya, Lucille Kuss, anaknya itu berbuat demikian bukan disebabkan dia kecewa dengan kejadian tersebut sebaliknya Colleen menganggap kehidupannya tiada erti lagi.
“Dia mengalami kemurungan dan kejadian itu tidak memberikan sebarang perbezaan kepadanya,’’ kata.
Kamis, 26 Desember 2013
Hanya 432 Penderma Berdaftar Derma Organ

KUALA LUMPUR – Hanya 432 penderma organ daripada 235,573 penderma berdaftar menderma untuk transplantasi sejak 1976 hingga Ogos tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata jumlah itu adalah kecil iaitu 0.83 peratus jika dibandingkan dengan bilangan penduduk negara yang seramai 28.3 juta orang.
“Jumlah itu tidak mencukupi memandangkan bilangan pesakit menunggu adalah seramai 16,987 orang dengan 90 peratus adalah pesakit buah pinggang.
“Bilangan pesakit lain tidak ramai bilangannya kerana ramai antara pesakit jantung, paru-paru dan hati yang meninggal sebelum mendapat penderma yang sesuai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Preview Kapsul Rakan Derma Organ di Pusat Sumber Transplan Nasional di sini pada Ahad yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azmi Shapie dan Ketua Pengurus Klinikal Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur, Dr Lela Yasmin Mansor.
Ditanya faktor jumlah penderma yang rendah berbanding jumlah pengikrar penderma berdaftar yang tinggi, Lee menjelaskan ia adalah ekoran faktor tidak mendapat kebenaran daripada waris penderma.
“Cabaran kita adalah walaupun jumlah pengikrar penderma organ tinggi, namun selepas mereka mati atau meninggal dunia, ahli keluarga tidak dimaklumkan mengenai niat penderma itu.
“Maka mereka akan bantah dan tidak bersetuju. Oleh itu, maklumat pengikrar ini perlu dikongsi bersama ahli keluarga supaya mendapat keizinan mereka.
“Perangkaan jumlah penderma dapat ditingkatkan jika ahli keluarga sedar dan faham niat penderma tersebut,” katanya.
Kepada syor supaya akujanji penderma dibuat dan disaksikan bersama ahli keluarga supaya meningkatkan perangkaan penderma dan membantu pesakit memerlukan, Dr Azmi berkata perkara itu dijangka akan dipanjangkan kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Subramaniam baru-baru ini berkata kerajaan mahu orang ramai memberikan pandangan berhubung Rang Undang-undang Akta Tisu Manusia 1974, sebelum ia dikemukakan ke Pejabat Peguam Negara.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menggubal akta berkenaan yang hanya menyentuh aspek pendermaan organ dan tisu dari tubuh orang yang telah meninggal dunia bagi tujuan perubatan, pendidikan dan penyelidikan perubatan.
Dalam pada itu, bagi meningkatkan kesedaran untuk berdaftar menjadi pengikrar penderma organ dan maklumat lanjut mengenai menderma organ, kementerian akan melancarkan laman web www.dermaorgan.gov.my pada 18 September ini.
Ketika ini bagi menarik minat masyarakat tampil sebagai penderma organ dan juga menyokong program ini, kementerian menjalankan promosi dan kempen hebahan bersama-sama pelbagai agensi, badan bukan kerajaan, badan berkanun, selebriti dan ahli sukan. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)