Sabtu, 01 Maret 2014
Adakah wanita lebih baik dari lelaki
Salam semua,
Adakah wanita lebih baik dari lelaki ?
Hasil kajian psikologi yang telah dilakukan oleh pelajar universiti di UK, keputusan mendapati bahawa sifat keperibadian atau moral seorang wanita adalah lebih baik berbanding lelaki.
Di dalam kajian tersebut, saintis mengkaji 60,000 orang berlainan jantina dalam 200 negara yang berlainan dengan beberapa soalan. Antaranya adalah seperti apakah tujuan utama dalam kehidupan mereka? Menurut jawapan yang telah diberikan, saintis membuat kesimpulan bahawa majoriti wanita memberikan jawapan berdasarkan kesan terhadap orang sekeliling mereka, manakala lelaki pula lebih kepada diri sendiri.
Selain daripada itu juga, saintis mendapati bahawa keputusan yang dilakukan oleh seorang wanita juga adalah lebih baik berbanding lelaki. Ini kerana wanita biasanya akan mempertimbangkan sesuatu keputusan itu terlebih dahulu dari pelbagai aspek, manakala lelaki pula membuat keputusan lebih kepada kepentingan peribadi.
Dan akhir sekali, saintis juga mendapati bahawa sifat malu lebih kepada seorang wanita berbanding lelaki. Ini membuatkan moral atau keperibadian seorang wanita itu lebih baik berbanding lelaki yang lebih lantang untuk menyuarakan pendapat atau pandangan mereka mengenai sesuatu perkara walaupun ianya salah. [Top5Reason]
Related Posts : adakah,
baik,
dari,
lebih,
lelaki,
wanita
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar