Tampilkan postingan dengan label rugi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rugi. Tampilkan semua postingan
Jumat, 21 Februari 2014
Laporan fitnah Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail
(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.
Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.
Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.
“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan,” jelas Azan mengulas keputusan itu.
Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.
Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.
Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.
Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Selasa, 24 Desember 2013
Suami Isteri Rugi RM34 000 Rumah Dimasuki Pencuri

TAWAU – Sepasang suami isteri warga emas kerugian kira-kira RM34,000 selepas rumah mereka di Kampung Pasir Putih di sini dimasuki pencuri pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kedua-dua mangsa yang berusia 70-an itu hanya menyedari rumah mereka dimasuki, kira-kira pukul 1 petang selepas mendapati sebuah beg tangan yang mengandungi beberapa barangan berharga hilang.
“Ketika kejadian, kedua-dua warga emas terbabit sedang berehat di dalam rumah dengan keadaan pintu rumah terbuka. Kami mendapati tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata antara barangan yang hilang ialah beberapa utas barang kemas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM34,000. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)