Tampilkan postingan dengan label pembunuhan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pembunuhan. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

‘Tali Barut’ Terlibat Dalam Pembunuhan Pegawai Dan Anggota Polis Di Semporna


208591_10151275337095766_1020439423_n

Masih ingatkah kejadian Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna?
Mungkin kita boleh imbas kembali apa yang berlaku.
Seorang pegawai dan lima anggota polis telah terkorban selepas mereka diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu ketika itu.
Kejadian di perkampungan atas air tersebut turut menyebabkan enam orang dipercayai anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kejadian tercetus kira-kira pukul 6.30 petang ketika 25 orang polis mengadakan pemeriksaan di kampung berkenaan setelah menerima maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata.
Sepasukan 25 orang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna kemudian telah melakukan pemeriksaan ke kampung berkenaan yang mempunyai kira-kira 300 buah rumah.
Bagaimanapun, sebaik tiba di kampung tersebut, kumpulan bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan penceroboh Sulu terbabit menyerang hendap pasukan berkenaan dengan melepaskan tembakan.
Pasukan kita telah diserang dan ditembak oleh kumpulan terbabit sehingga mengorbankan seorang pegawai dan lima anggota.
Anggota polis itu ditembak ketika mereka sedang menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
Pihak polis kemudian telah mengerahkan pasukan bantuan ke kampung tersebut untuk membantu baki 19 orang anggota yang terperangkap di situ.
Operasi pasukan bantuan tersebut selama hampir 24 jam yang berakhir pada pukul 6.30 petang berjaya menyelamatkan 19 anggota terbabit dan mengeluarkan mayat semua anggota polis serta enam anggota kumpulan pengganas.
Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.
Difahamkan ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.
Ya kejam, cukup kejam!
Menurut sumber yang kami terima, kejadian sadis itu tidak dapat tidak, tak banyak sedikit, adalah ‘tinjauan’ daripada perbuatan tali barut mereka yang menyokong dan bersimpati dengan penceroboh-penceroboh berkenaan.
Apa itu tali barut?
Secara mudahnya, tali barut membawa maksud orang suruhan yang menyampaikan maklumat sulit kepada pihak musuh.
Kejadian di Jaya Simunul itu contohnya, pegawai dan anggota polis yang masuk ke kawasan berkenaan bukannya calang-calang, malah ada yang berpangkat Supritendan dan telah berkhidmat lebih pada 20 tahun dalam PDRM.
Majoriti mereka pula dari Cawangan Khas (SB), cawangan yang cukup terkenal dengan pergerakannya yang penuh taktikal dan kaya dengan muslihat.
Masakan mereka tidak mengkaji atau mengambil mudah sewaktu menyelinap masuk ke kampung berkenaan.
Namun sayang, ternyata ada yang sanggup menjadi tali barut hingga menyebabkan pergerakan polis berjaya dihidu.
Tali barut yang dimaksudkan itu boleh jadi orang dalam, boleh jadi penduduk kampung atau sesiapa sahaja!
Bukan hendak menunding atau menuduh sesiapa tetapi mahu tidak mahu, kita kena menerima hakikat wujudnya pembelot atau tali barut dalam insiden di Semporna ini khususnya, dan di negeri Sabah amnya.
Mereka inilah yang paling bahaya sebenarnya, mereka mungkin bukan di kalangan penceroboh yang bersenjata, tetapi dengan sebuah telefon bimbit sebagai contoh, sudah cukup untuk tali barut ini menyalurkan maklumat mengenai pergerakan lawan.
Setakat ini kita bersyukur kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah menafikan kewujudan pembelot di kalangan pegawai dan anggota keselamatan.
Jadi tumpuan perlu diarahkan untuk mengesan dan menangkap mereka yang menjadi pembelot atau tali barut di kalangan kita atau pendatang asing di sana.
Semoga kita mengambil iktibar daripada tragedi ini…sejarah Melaka sendiri telah membuktikan, kegemilangannya musnah disebabkan tali barut dan mereka yang bertindak bagai gunting dalam lipatan.
Tak mustahil ia berlaku lagi dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ini.
Jangan lupa hakikat itu!

Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III

jamalul kiram pembunuh


Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.
Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar.  Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.
Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.
Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.
Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.
Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.
Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.
Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).
Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu.
Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.
Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.
Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu.
Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.
Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya  akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad.
Read More..