Tampilkan postingan dengan label berjaya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label berjaya. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Lelaki lelaki Ini berjaya kerana Jadi Model Wanita

Stanyslas Fedyanin adalah seorang lelaki 16 tahun asal Moscow, Rusia yang telah memperoleh kejayaan besar dalam kerjayanya sebagai seorang model wanita Internasional. Stas, demikian lelaki ini biasa disapa, mengatakan bahawa ia seorang heterosexual. Bahkan Stas baru saja mendapat seorang pacar. Figur wajah laki-laki dan perempuan (androgynous) yang dimilikinya menjadikan Stas seorang model wanita yang sempurna.
Pria Ini Sukses karena Jadi Model Wanita
www.borakkosong.com
Pria Ini Sukses karena Jadi Model Wanita

Dengan tinggi badan 1.80 meter dan berat tubuh hanya 45 kg, model Rusia yang sedang bersinar ini acapkali dibandingkan dengan Andrej Pejic seorang model lelaki androgynous lainnya yang juga sering berpose sebagai seorang wanita. Ketenaran Andrej Pejic yang di Rusia dikenal sebagai “Rajanya Androgyny” itu dengan segera dirampas oleh Stas Fedyanin yang masih berusia 16 tahun ini. Ironisnya, yang mengorbitkan adalah Dopamin Models, sebuah perusahaan agensi model lelaki dari Jerman.


 Fedyanin dianggap sebagai simbol generasi baru model-model lelaki yang tidak memihak dan bahkan terbuka untuk konsep feminin lelaki. Terlepas dari ciri feminin yang ada padanya, Stas sangat dipuji kerana bakat dan talentanya didepan kamera. Lihat profil Stas Fedyanin dan ratusan fotonya dari masa kanak-kanak sampai karirnya kini sebagai model wanita remaja disini. 

Pria Ini Sukses karena Jadi Model Wanita

 sumber
Read More..

Panas!!! Mujahid Berjaya Bimbing Azza Elite Bertudung!!!



PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini." 
Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. 
"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu."Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. 
Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik. 
Suami Azza juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu. Foto Facebook Azza 
."Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu. 
"Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly. 
Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya."Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai."Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja."Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya. 
Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atukdan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -Mstar
Read More..